1.0 PENTADBIRAN
1.1 Pengurusan Murid Tingkatan 6 diasingkan dari pengurusan murid Ting 1-5
1.2 GPK Tingkatan 6 akan menguruskan semua urusan berkaitan Tingkatan 6 dari segi,
Pentadbiran, kurikulum, kokurikulum, dan Hal Ehwal murid Tingkatan 6.
1.2.1 Jawatankuasa Pentadbiran, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal ehwal Murid Tingkatan 6 yang tersendiri.
1.2.2 Guru Akademik Tingkatan 6 akan diberi tanggongjawab dalam Jawatankuasa Pentadbiran, Kurikulum, Kokurikulum dan HEM Tingkatan 6 sahaja.
1.2.3 Guru Akademik Tingkatan 6 DG 48 / DG 52 boleh memegang Jawatan Penting di sekolah seperti S/U Peperiksaan, Ketua Penyelidikan,Ketua unit mp Tingkatan 6, AJK Majlis Kurikulum Sekolah. Sementara Guru Akademik 44 akan memegang jawatan dalam Jawatan Kuasa Pengurusan Tingkatan 6 di atas.
1.2.4 Guru akademik tingkatan 6 tidak perlu menghadiri aktiviti yang tidak berkaitan dengan keperluan /aktiviti Tingkatan 6.
1.3 Guru Akademik Tingkatan 6 yang telah bersetuju dan mengesahkan penerimaan perlantikan sebagai Guru Akdemik Tingkatan 6 perlu melepaskan semua jawatan yang dipegang dengan serta merta.
1.4 Guru Akademik Tingkanan 6 perlu menyediakan 4 Folio iaitu Folio Pengajaran dan Pembelajaran, Folio Penyelidikan, Folio Penilaian dan Taksiran, dan Folio Kokurikulum.
1.5 Panggilan kepada kelas Tingkatan 6 adalah PRA-U
1.6 Pakaian kerja bagi pensyarah Tingkatan 6 adalah Kot/Blazer yang kemas bertali leher
1.7 Prestasi Guru akademik /Pensyarah Tingkatan 6 dinilai oleh GPK Tingkatan 6.
1.8 Prasarana Tingkatan 6 (bilik kuliah/bilik tutorial dan bilik pengurusan Tingkatan 6 perlu disediakan secukupnya bagi memudahkan pengurusan / pentadbiran Tingkatan 6)
1.9 Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan persetujuan pengetua.
2.0 KURIKULUM
2.1 GPK Tingkatan 6 akan mengajar 8 waktu seminggu.
2.2 Guru Akademik Tingkatan 6 mengajar 16-24 waktu seminggu.
2.3 Pengurusan Jadual Waktu Tingkatan 6 diasingkan dari pengurusan Jadual Waktu Ting 1-5
2.4 GPK Tingkatan 6 akan menguruskan perancangan dan perlaksanaan Jadual Waktu
Tingkatan 6 (Jawatankuasa Jadual Waktu Tingkatan 6 tersendiri.
2.4.1 Kelas berbentuk kuliah dan tutorial akan dilaksanakan mulai sesi 2012.
2.4.2 Mata pelajaran Pengajian Am, MUET dan Bahasa Melayu akan dilakukan
serentak secara Kuliah. (Totorial berasingan mengikut kelas/perbincangan guru mata pelajaran berkenaan)
2.4.3 Semasa Kuliah dijalankan semua guru terlibat perlu berada dibilik kuliah. Rancangan harian perlu direkodkan.
2.5 Guru Akademik Tingkatan 6 mengajar Tingkatan 6 sepenuhnya.
2.6 Guru Akademik Tingkatan 6 perlu menyediakan Folio Pengajaran dan Pembelajaran. Sukatan Pelajaran dan Rancangan P&P Semesta/Bulanan dan Rancangan P&P Harian Perlu disediakan direkodkan dalam Folio tersebut.
2.7 Jadual Relief Kelas Tingkatan 6 hanya dikalangan Guru Akademik Tingkatan 6
sahaja. Guru Tingkatan 6 tidak terlibat dengan Jadual Relief Ting 1-5.
2.8 Guru Akademik Tingkatan 6 perlu memenuhkan Jadual Tingkatan 6 Rendah (PRA-U1)
sehingga kedatangan pelajar Tingkatan 6 rendah dengan aktiviti R&D (individu), penulisan Ilmiah dan lain-lain yang berfaedah. Semua aktiviti tersebut perlu direkodkan untuk rujukan.
2.9 Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dengan persetujuan pengetua.
3.0 HAL EHWAL MURID
3.1 Pengurusan Hal Ehwal Murid tingkatan 6 diasingkan dengan H.E.M Tingkatan 1-5
AJK H.E.M Tingkatan 6 akan dilantik dikalangan Guru akademik Tingkatan 6
3.2 Semua Guru Akademik Tngkatan 6 adalah Guru Disiplin Tingkatan 6
3.3 Penyelaras /Jawatankuasa HEM Tingkatan 6 akan bekerjasama dengan GPK HEM dalam
semua urusan berkaitan Hal Ehwal Murid Tingkatan 6.
3.4 Perlaksanaan Hal Ehwal Murid Tingkatan 6 dilaksanakan mulai 2012
3.4.1 Perhimpunan Rasmi Mingguan pada hari Isnin bersama pelajar lain
3.4.2 Pelajar Tingkatan 6 dibenarkan memakai pakaian batik semasa P&P dan menghadiri aktiviri pada hari Khamis (Pakaian batik yang dipersetujui oleh pihak Pengetua )
3.4.3 Pakaian rasmi pelajar lelaki ialah baju putih, berseluar putih. dan bertali leher . Pelajar lelaki dibenarkan mamakai kasut kulit (hitam)
3.4.4 Pakaian rasmi pelajar perempuan ialah batu putih , kain tercois .Pelajar perempuan dibenarkan memakai kasut kulit (hitam) dan memakaii tudung biasa / lain tetapi bewarna putih.
3.5 Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dengan persetujuan pengetua.
4.0 KOKURIKULUM
4.1 Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6 diasingkan dengan Pengurusan Kokurikulum Ting 1-5
4.2 Guru Kokurikulum Tingkatan 6 akan menguruskan semua urusan berkaiatan dengan Kokurikulum Tingkatan 6
4.2.1 Pelajar Tingkatan 6 menganggotai aktiviti kokurikulum yang berasingan dengan
aktiviti kokurikulum Tingkatan 1-5
4.2.2 Pelajar Tingkatan 6 akan mempunyai kelab/persatuan/permaianan dan pasukan beruniform sendiri. Semua Pelajar Tingkatan 6 terlibat dengan aktiviti kokurikulum.
4.2.3 Pelajar Tingkatan 6 boleh dilantik sebagai Jurulatih/Pengadil Permainan/Pengadil sukan sekolah.
4.3 Guru Kokurikulum Tingkatan 6 akan menguruskan aktiviti/ penilaian Markah Kokurikulum pelajar Tingkatan 6
4.3.1 Menyemak/mengumpul/memastikan pelajar yang memasuki tingkatan 6 rendah
mempunyai rekod markah Kokurikulum di peringkat SPM (Tingkatan5). Salinan markah kokurikulum tersebut perlu di semak dan disimpan dengan baik.
4.3.2 Markah Kokurikulum Tingkatan 5 tersebut akan dicampur dengan markah kokurikulum semasa pelajar berada di Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas. Purata markah Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 akan diambil kira bagi memenuhi syarat
keperluan markah 10% permohonan ke IPTA.
4.3.3 Guru Kokurikulum Tingkatan 6 perlu bekerjasama dengan Guru Kanan Kokurikulum
bagi meyelaraskan aktiviti kokorikulum
4.4 Senarai nama dan AJK persatuan/kelab/permianan dan unit beruniform akan di lampirkan kemudian.
4.5 Guru Tingkatan 6 juga terlibat dengan aktiviti Sukan Tahunan / Aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah.
4.4 Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dengan persetujuan pengetua.
Saya yang benar,
…………………tt …………………..
(JOHARI BIN DAHALI)
GPK TINGKATAN 6
SMK TUN HUSSEIN ONN
No comments:
Post a Comment